Pages

Monday, September 26, 2011

Betapa Kejinya Setitik Arak




   Aku ingat lagi time dulu-dulu ketika berpicnic kat pantai bersama dengan family tercinta. Setiap kali berpicnic mesti ternampak botol-botol hijau berpasir ditepi pantai. Lagipun ia berjenama yang pelik-pelik; Kapak, Alkohol Herba dan yang selebihnya namanya aku tak ingat. Memang benar apa yang aku sangkakan bahawa botol-botol arak ini kebanyakannya dikilangkan di negara kita, buktinya di sini.  

   Kenapalah manusia zaman sekarang gemar sangat minum air kencing syaitan ni. Tak kira la orang Islam atau agama lain, kebanyakan agama-agama selain Islam juga melarang penganutnya meminum arak. Sebagai contohnya agama Kristian. Tertulis dalam Bible: "Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu." (Ephesians, 5:8). Ini sebagai bukti bahawa agama lain juga melarang penganutnya meminum arak.

   Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengannya. Anas r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316).

Sunday, September 11, 2011

Para Wali Allah pun Cemburu kerana ia Lumrah Cinta...


   Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya kecemburuan itu ada yang disukai oleh Allah dan ada yang dibenci oleh-Nya. Adapun kecemburuan yang disukai adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci oleh-Nya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti.”
                                                                     (Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Hibban) 


    Kecemburuan yang kena pada tempatnya akan bernilai ibadah dan dicintai Allah yakni cemburu terhadap sesuatu pelanggaran nilai syariah secara pasti dan jelas. Namun sebaliknya, kecemburuan akan bernilai maksiat dan dibenci Allah yang justeru akan merenggangkan tali cinta kasih suami-isteri, mengganggu ketenteraman keluarga dan mengsengsarakan hidup bersama jika hal itu cuma mengada-ada, su’udzhon (negative thinking), syak wasangka, curiga terhadap sesuatu yang belum jelas dan pasti, serta cemburu buta kerana rasa was-was yang tidak pada tempatnya itu sememangnya berasal dari syaitan sebagaimana tertulis dalam Surah An-Nas ayat 1-3.

   Perasaan cinta menyebabkan wujud satu lagi perasaan yang dinamai cemburu sebagai ujian Allah s.w.t kepada manusia yang diberi nikmat cinta daripadanya sebagaimana senikmat-nikmat orang yang mempunyai harta yang banyak, diberi Allah perasaan takut jika hartanya diambil orang lain. Itulah cara Allah s.w.t mendidik hambanya agar kenikmatan dan kesenangan di dunia tidak kekal seperti mana kenikmatan di akhirat.

   Kita perlu besederhana dalam cemburu agar sebuah ikatan kekeluargaan berjaya dibina. Jika perasaan cemburu itu hilang dan ketidakpedulian wujud pada pasangan hidup dengan alasan saling mempercayai satu sama lain  meskipun realitinya berlakunya perkara mengundang fitnah yang akan membuka peluang bagi penodaan kehormatan dan kerosakan rumah tangga yang dibenci oleh Islam sepertimana orang kaya yang tidak mengambil endah akan hartanya menyebabkan hartanya mudah dikikis oleh orang lain dan akhirnya membuatkan dirinya muflis.

Disini saya letakkan beberapa kisah kecemburuan orang-orang yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t. agar kita dapat mengambil pengajaran daripadanya :