Pages

Monday, November 5, 2012

Ubahlah Sikapmu Wahai Qibtiyyun





Antara sikap-sikap buruk rakyat mesir yang buat kita tak senang:

1-memang tidak dapat dinafikan sikap rakyat mesir yang amat buruk dengan sifat kasarnya.

2-setiap urusan ada 'bakhshish'(duit tip) yang dianggap hadiah bagi pemintanya yang menjadikan setiap urusan di mesir perlu menyediakan wang lebih untuk dibayar kepada puak-puak ini untuk memudahkan urusan.

3-tabiat kencing ditepi jalan masih menjadi amalan.

4-bunyi muzik yang kuat dan sememangnya rakyatnya sukakan muzik.

5-majlis perkahwinannya diselangi dengan

Tuesday, February 21, 2012

Kenali Makanan Jin





Tahukah kamu jin juga makan dan minum?

Daripada Ibnu Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "'Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka.' Ibnu Mas'ud seterusnya berkata, kemudian Nabi S.A.W. mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: 'Setiap tulang yang disebut nama Allah keatasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Oleh sebab itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu(jin).'"
                                                                                                   
                                                                                                       (Riwayat Muslim no. 450)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah bersabda: "Utusan jin pernah datang kepadaku. Mereka terdiri daripada dua kelompok. Alangkah baiknya jin itu. Kemudian mereka

Sunday, January 15, 2012

Cara Baginda S.A.W Menahan Lapar





Pada suatu ketika Baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu terus bertanya setelah Baginda selesai bersembahyang,

"Ya Rasullullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…" Desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar Baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu Baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?, biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak"