Pages

Monday, November 5, 2012

Ubahlah Sikapmu Wahai Qibtiyyun





Antara sikap-sikap buruk rakyat mesir yang buat kita tak senang:

1-memang tidak dapat dinafikan sikap rakyat mesir yang amat buruk dengan sifat kasarnya.

2-setiap urusan ada 'bakhshish'(duit tip) yang dianggap hadiah bagi pemintanya yang menjadikan setiap urusan di mesir perlu menyediakan wang lebih untuk dibayar kepada puak-puak ini untuk memudahkan urusan.

3-tabiat kencing ditepi jalan masih menjadi amalan.

4-bunyi muzik yang kuat dan sememangnya rakyatnya sukakan muzik.

5-majlis perkahwinannya diselangi dengan
muzik-muzik yang kuat dan tari menari(kalau yang ekstrem dia upah penggelek yang pakai pakaian dalam je).

6-pemandu-pemandu kenderaannya yang sukar perlahankan kenderaannya bagi memudahkan kita melintas malah ada yang memecut ketika kita sedang melintas jalan.

7-siang malam bergaduh tidak kira tempat.

8-bunyi tembakan pistol jadi benda biasa je.

9-budak-budak arab suka gelar orang kita "bungga2", "nihau".

10-gemar buang sampah merata-rata.


dan lain-lain(akan diupdate,huhuhu)

Beginilah mehnah dan tribulasi yang perlu ditempuh oleh rakyat Malaysia yang berkunjung@belajar di mesir yang penuh dengan ragam manusia yang belum ditemui ketika berada di Malaysia :). Serius saya katakan bagaimanakah jika orang-orang kafir datang melancong ke mesir dan melihat suasana dan cara hidup rakyat mesir? adakah mereka akan tertarik dengan Islam?

Blog drMAZA juga ada menulis tentang keadaan negara Mesir ni, antara point yang boleh saya ambil dari tulisan itu:

"kononnya seorang arkitek Jerman yang cuba merangka semula Kaherah menyatakan cara untuk membaik pulih Kaherah adalah dengan dihapuskan semua penduduknya dan digantikan dengan penduduk baru yang berdisiplin".

Yang paling penting saya yakin semua itu berlaku kerana didikan pemimpinnya yang zalim dan terus menerus membodohkan rakyatnya iaitu Husni Mubarak. InsyaAllah, presiden mesir yang baru iaitu Dr Mohamed Mursy akan mengubah rakyatnya dan mendidik mereka kearah cara hidup Islam yang sebenarnya.








#p/s: post tentang kebaikan rakyat mesir juga akan dipostkan... :)


No comments:

Post a Comment