Pages

Saturday, November 5, 2011

Berkorban Di Perantauan


   Entry kali ini nak cerita pengalaman beraya aidil adha kat negara orang. Kali ini kira dua kali dah beraya korban kat Mesir.
  
   Sejak dua tiga hari lepas banyak binatang korban diletakkan di tepi-tepi jalan raya dan ada yang siap buat kandang kambing, lembu, unta dan khoruf tepi jalan bertar, sememangnya di kawasan kaherah tiada padang rumput, jalan raya yang jadi kandangnya.

   Orang zaman sekarang bila dah masuk bulan Zulhijjah hanya tahu nak balik kampung dan raya je. Tahukah kita bahawa hari pertama hingga kesepuluh dalam bulan Zulhijjah disunatkan kita perbanyakkan amalan kita pada hari-hari tersebut?

   Telah dinyatakan dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ibnu 'Abbas r.a. bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

"Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, adakah sehebat jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".


   Antara amal-amal kebaikan yang digalakkan pada bulan tersebut ialah berpuasa sunat pada hari pertama hingga kelapan dalam bulan tersebut kerana puasa ini adalah amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: [1] Puasa hari Asyura, [2] Puasa 1-8 zulhijjah, [3] 3 hari tiap bulan dan [4] dua rakaat sebelum fajar."
                                                  (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai)

   Tetapi puasa pada hari kesembilanlah iaitu Hari Arafah dinyatakan dengan lebih terperinci kelebihannya. Ia dinyatakan dalam sebuah hadis iaitu:

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Hari Arafah. Baginda bersabda: "(puasa hari itu) dapat menghapuskan dosa tahun lalu dan yang akan datang."
                                                                                                  (Riwayat Muslim)
    Amat rugilah kepada mereka-mereka yang meninggalkan amalan-amalan soleh dalam bulan Zulhijjah ini terutama tidak berpuasa pada Hari Arafah, adakah kita semua tidak mahu dosa kita dihapuskan bukan sahaja pada tahun yang lalu malah yang akan datang!

    Kembali kepada cerita pengalaman beraya kat Mesir ni, yang paling anehnya

Friday, October 28, 2011

Bibit Pertama Seruan Azan

  


   Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?. Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.

   Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

   "Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang Nasrani(Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.'"

   Lalu berkata Umar: "Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?" Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."

   Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup terompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah..

   Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat, "Telah datang waktu solat." Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah".

   Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Wednesday, October 26, 2011

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

  

   Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

   Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

   Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan

Monday, September 26, 2011

Betapa Kejinya Setitik Arak




   Aku ingat lagi time dulu-dulu ketika berpicnic kat pantai bersama dengan family tercinta. Setiap kali berpicnic mesti ternampak botol-botol hijau berpasir ditepi pantai. Lagipun ia berjenama yang pelik-pelik; Kapak, Alkohol Herba dan yang selebihnya namanya aku tak ingat. Memang benar apa yang aku sangkakan bahawa botol-botol arak ini kebanyakannya dikilangkan di negara kita, buktinya di sini.  

   Kenapalah manusia zaman sekarang gemar sangat minum air kencing syaitan ni. Tak kira la orang Islam atau agama lain, kebanyakan agama-agama selain Islam juga melarang penganutnya meminum arak. Sebagai contohnya agama Kristian. Tertulis dalam Bible: "Janganlah kamu menjadi mabuk dengan wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu." (Ephesians, 5:8). Ini sebagai bukti bahawa agama lain juga melarang penganutnya meminum arak.

   Ramai diantara kita yang beragama Islam tanpa segan silu meminum arak dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan arak sedangkan betapa besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w. telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengannya. Anas r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak; pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pemesannya." (Riwayat al-Tirmizi no. 1295, Abu Daud no. 3674, Ibn Majah no. 3381 dan Ahmad no. 316).

Sunday, September 11, 2011

Para Wali Allah pun Cemburu kerana ia Lumrah Cinta...


   Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya kecemburuan itu ada yang disukai oleh Allah dan ada yang dibenci oleh-Nya. Adapun kecemburuan yang disukai adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci oleh-Nya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti.”
                                                                     (Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Hibban) 


    Kecemburuan yang kena pada tempatnya akan bernilai ibadah dan dicintai Allah yakni cemburu terhadap sesuatu pelanggaran nilai syariah secara pasti dan jelas. Namun sebaliknya, kecemburuan akan bernilai maksiat dan dibenci Allah yang justeru akan merenggangkan tali cinta kasih suami-isteri, mengganggu ketenteraman keluarga dan mengsengsarakan hidup bersama jika hal itu cuma mengada-ada, su’udzhon (negative thinking), syak wasangka, curiga terhadap sesuatu yang belum jelas dan pasti, serta cemburu buta kerana rasa was-was yang tidak pada tempatnya itu sememangnya berasal dari syaitan sebagaimana tertulis dalam Surah An-Nas ayat 1-3.

   Perasaan cinta menyebabkan wujud satu lagi perasaan yang dinamai cemburu sebagai ujian Allah s.w.t kepada manusia yang diberi nikmat cinta daripadanya sebagaimana senikmat-nikmat orang yang mempunyai harta yang banyak, diberi Allah perasaan takut jika hartanya diambil orang lain. Itulah cara Allah s.w.t mendidik hambanya agar kenikmatan dan kesenangan di dunia tidak kekal seperti mana kenikmatan di akhirat.

   Kita perlu besederhana dalam cemburu agar sebuah ikatan kekeluargaan berjaya dibina. Jika perasaan cemburu itu hilang dan ketidakpedulian wujud pada pasangan hidup dengan alasan saling mempercayai satu sama lain  meskipun realitinya berlakunya perkara mengundang fitnah yang akan membuka peluang bagi penodaan kehormatan dan kerosakan rumah tangga yang dibenci oleh Islam sepertimana orang kaya yang tidak mengambil endah akan hartanya menyebabkan hartanya mudah dikikis oleh orang lain dan akhirnya membuatkan dirinya muflis.

Disini saya letakkan beberapa kisah kecemburuan orang-orang yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t. agar kita dapat mengambil pengajaran daripadanya :

Thursday, August 25, 2011

Zikir Mencerdaskan Otak


   Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur 5 tahun lagi, kali ini nak cerita pengalaman ketika belum terbang ke mesir lagi. Selepas solat subuh kat masjid tu, ada majlis berzikir sehingga pukul 8 pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga nak berzikir lama-lama tapi ketika berada dalam keadaan menganggur kat rumah masa tunggu result SPM cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

   Beberapa minggu selepas itu, aku rasa macam ada kelainan jika selepas aku join majlis zikir itu. Biasanya selepas solat subuh aku terus tidur tetapi tak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam. Tetapi jika hari itu aku tak join majlis tersebut, letak je kepala atas bantal, comfirm terlelap. Aku pelik juga kenapalah jadi macam tu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut sains ini.

Monday, August 22, 2011

Peristiwa di Bulan Syawal :Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal Daripada Menderhakaimu

  

   Sudah sampai 10 terakhir ramadhan nampaknya, rasanya baru minggu lepas mula berpuasa. Inilah perasaan yang timbul apabila asyik sibuk dengan perkara-perkara dunia sahaja. Astaghfirullah 3x...
Kali ini rasa nak kongsi cerita yang bersumber dari  kitab Mukashafah al-Qulub(Penenang Jiwa) bab 104 karangan Imam al-Ghazali.

   Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat sangat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru kepadanya.Marilah kita hayati kisah Umar al-Khattab dan anaknya...

   Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab  pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan(baju yang bertampal-tampal).
Diantara mereka mengatakan : "Hai Kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Friday, August 19, 2011

Perihal Doa: Mustajab @ Terhijab



"Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a., Nabi S.A.W. bersabda: 'Doa adalah ibadah.'"
                                                                                  (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

  
   Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf  (D.O.A). Seringkas    ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang paling termudah dalam agama Islam. Maka bersyukurlah kita kepada Allah sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa. Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah S.W.T memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba kepada Allah

Monday, August 15, 2011

Sejarah Malam Lailatul Qadar : Janggut Lebih Keras Daripada Besi



   Ni nak kongsi pembacaan saya dengan para pembaca, kisah ini diambil dari kitab Mukashafah Al-Qulub(Penenang Jiwa) bab 103 karangan Imam Al-Ghazali....

   Wujudnya malam Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang(berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan(lebih kurang 83 tahun). Kerana terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu Baginda berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya(amal yang sedikit, tapi ganjarannya besar)"

   Kemudian Allah memakbulkan doa Baginda dengan memberikan malam Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

Siapakah lelaki bani israil itu?

Sunday, August 14, 2011

Kincir Air Yang Menghasilkan Bunyi Seakan-akan Azan



   Sekarang ni orang duk sibuk bincang pasal azan kat Pulau Pinang, jadi aku teringat kisah kincir air yang mengeluarkan bunyi seakan-akan azan kat Mesir. ha3

   Ni nak bawa pembaca2 untuk melihat kebesaran Allah S.W.T iaitu Kincir Air Nabi Yusuf kat bandar Fayyoum, Mesir. memang betullah orang kata bandar Fayyoum ialah antara bandar yang paling subur kat negara Mesir ni. Terkejut aku ada jugak tempat kat Mesir ni persekitarannya macam negara kita la, ada rumput, banyak pokok, ayam dan keldai(bukan lembu la, ha3) berkeliaran... biasanya tempat2 lain kebanyakan bangunan2 dan padang pasir kosong je..

''Yusuf berkata kepada raja: jadikanlah aku seorang yang berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf ayat55)

Thursday, August 11, 2011

Peristiwa Ramadhan:Tertipunya Para-Para Abid


Sejak datangnya bulan pose ni, asyik terperap kat rumah je, nak keluar pun panas,malas dll. Hari2 duk ulang rutin yang sama je.. masak sahur>  tido > layan internet>  tadarus > masak b'buka.... time puas macam ni lah rasa nak wat seloka... ha3



Di antara tertipunya ahli ibadah di akhir zaman ialah di
 bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan waktu berbuka, diadakan pesta
 makanan dan minuman
Tidak dipentingkan bersegera sembahyang
Bersembahyang perut di dalam keadaan terlalu kenyang
Sembahyang terawih riuh-rendah secara zahirnya
Secara batinnya tidak ada pun rasa kehambaan
Yang hafiz Al-Quran bacaannya

Sunday, August 7, 2011

Meniti Janji Tuhan Yang Pasti Berlaku !



   Jika kita perhatikan, Banyak hadis-hadis dan juga ayat-ayat Al-Quran yang mengisyaratkan kemenangan Islam yang akan berlaku sebelum berakhirnya dunia ini. Sekalipun tidak diketahui bilakah secara tepatnya ia akan berlaku. Namun sejak akhir-akhir ini, banyak kejadian yang berlaku menunjukkan bahawa masa itu semakin hampir dan dekat. Tetapi yang pastinya sebelum berlakunya kiamat, pasti islam akan berada di takhta kuasa sekali lagi untuk menyebarkan keadilan keseluruh dunia. Di antara nas-nas yang mengisyaratkan perkara tersebut ialah :

1. Firman Allah S.W.T :

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amalan yang soleh bahawa dia(Allah) pasti akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi, sebagaimana

Friday, August 5, 2011

Bertanya Untuk Tafaqquh, Bukan Untuk Tafakkuh.


   Perkataan 'TANYA' tak pernah hilang dari kamus seorang penuntut ilmu. Betullah pepatah melayu yang mengatakan : "malu bertanya sesat jalan". Pepatah ini menunjukkan betapa besarnya peranan 'bertanya' kepada penuntut-penuntut ilmu.

   Tetapi, kita mesti tahu bahawa kita 'bertanya' mestilah bertujuan untuk mendalami ilmu, menghuraikan kekusutan dalam satu-satu masalah. Dengan soalan sedemikian sangat membantu si penanya memahami permasalahan secara langsung.


Bukan dari akhlak islam apabila bertanya untuk suka-suka apatah lagi untuk

Tuesday, August 2, 2011

Kenapa Sukar Nak Sebut "saya tak tahu..." ?


Assalamualaikum!

   Ni nak cerita sikit pengalaman ketika form 5 dulu, benda ni terjadi selepas aku menjadi imam terawih di masjid kawasan Kok Lanas. Lepas habis solat je makmum tanya : "Tak salah ke kalau baca Surah Al-Fatihah ketika imam juga baca Al-Fatihah ?"

   Fuh! terkial aku dengan soalan makmum tersebut, kali pertama kena tanya spontan soalan furu' macam tu.Memang menggelabah la aku masa tu tapi muka wat rilek je...
Tanpa jawapan yang sohih aku terus jawab

Wednesday, July 27, 2011

Apa yang Terjadi Apabila Anda Mahukan Keadilan ?




Daripada Nu'man bin Basyir r.a.,nabi s.a.w. bersabda;  "kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad ;apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar."

              
                                                                                    (riwayat bukhari dan muslim)


Huh! rasa sedih gila apabila tengok sahabat-sahabat kita dizalimi dan dinafikan haknya sendiri, lagipun kita sebagai saudara seislam wajib merasai penderitaan sahabatnya seperti mana hadis diatas...


cuba fikir sendirilah kalau korang sendiri yang menghadapi situasi ini :

Tuesday, July 26, 2011

Tolonglah jangan pandang rendah angka 40...



   angka 40???,apa cerita nie... ni bukan nombor matrik,roqom julus,nombor bertuah ke dan lain2,nak bincang pasal benda yg manusia sekarang ni sering memperlekehkannye...

Monday, July 25, 2011

Ada Apa Dengan 'semanis inab' ???





bismillahirrahmaanirrahim... 


ni la kali pertama wat post kat blog ni,ak sbnarnya lama dah wat blog ni,cuma x tau nak post apa...ha3
ni nak kongsi cerita aku macam mana boleh nama blog ak ni semanis inab... korang tau tak apa maksud inab?
inab tu anggur sama ada yg berbiji atau tidak, yg paling sedap yg x berbiji... memang aku x nafikan betapa sedap buah ni yg boleh dimakan ketika summer je..hu2

sesedap buah ini pun kalau x dinikmati secara berhikmah maka ia hanyalah sedap sementara sahaja,jadi ak kiaskan 'semanis inab' ini sbg satu pengalaman,pengetahuan dan pengiktibaran yg perlu dinikmati secara berhikmah iaitu dengan perkongsian kepada sahabat2 semua...

akhir kalam,marilah kita nikmati satu ayat Al-Quran dlm Surah Yasin yg menunjukkan bahawa 'inab' juga diantara satu penciptaan yg hebat kerana dimaktubkan dlm kalamullah yg mulia :

"dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun2 kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air" ayat 34





#p/s: belilah inab sekarang kerana harga inab di paras rendah pd p'tengahan musimnye...