Pages

Friday, October 28, 2011

Bibit Pertama Seruan Azan

  


   Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?. Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.

   Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

   "Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush(loceng) seperti naqush orang Nasrani(Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi.'"

   Lalu berkata Umar: "Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?" Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."

   Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup terompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah..

   Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat, "Telah datang waktu solat." Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah".

   Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a., beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Wednesday, October 26, 2011

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan

  

   Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

   Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

   Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan