Pages

Tuesday, July 26, 2011

Tolonglah jangan pandang rendah angka 40...



   angka 40???,apa cerita nie... ni bukan nombor matrik,roqom julus,nombor bertuah ke dan lain2,nak bincang pasal benda yg manusia sekarang ni sering memperlekehkannye...




Sumber Busr B. Saiid bahawa Zaid B. Khaalid Al-Juhaniy pernah mengutus kepada Abu Juhaim Abdullah Al-Anshaari mengenai sikap yang didengarya daripada Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang. Maka Abu Juhaim berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Seandainya orang yang melintas di hadapan orang yang sembahyang itu mengetahui padah yang akan menimpanya, tentulah lebih baik baginya dia berhenti 40(hari,bulan,tahun???) daripada dia melintasinya.                                                                               
                                                                                                              (riwayat Muslim)

KETERANGAN:

-Abu Nadhr,antara salah seorang perawi hadis ini berkata: "aku tidak mengetahui sama ada nabi s.a.w. mengatakan 40 hari,40 bulan,40 tahun".



    masih ramai muslim yang aku saksikan kat malaysia nampak tidak endah pun benda ni,beza la dgn orang arab mesir ni,kalau di mesir ni,sekali budak dia(umur tadika lagi)  lintas orang solat aku jamin 10 minit kena pasang telinga dengar leteran pastu nangis...memang menyesal la budak tu nampaknya..hu3

tapi ada jugak yang tau hadis ni,bila ada org (sengaja/x sengaja) lintas dia solat tp x buat apa2 pun,x respon pun.... ni jugak satu masalah.

-
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., dia bercerita: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jika salah seorang di antara kalian mengerjakan solat dengan menghadap sesuatu yang membatasinya (sutrah) dari orang lain lalu dan kemudiannya ada seseorang yang hendak melintasi (dalam kawasan antara tempat berdiri dengan sutrah) hendaklah kalian menghalangnya dan jika dia berkeras, hendaklah kalian menyerangnya kerana sesungguhnya dia itu syaitan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Solat, no. 509. Muslim, Kitab Solat, no. 505)


-time kita solat tu kalau perasan ada org nk lintas kita,bolehla guna tangan untuk sekat        lintasannya depan kita,xkan korang biarkan saudara seislam kita dapat hukuman yg lebih baik jika   menunggu 40(hari,bulan,tahun) dari melintasinya.

dia ni sudah tahu kelebihan meletak sutrah didepannya,tapi dia x tau nk letak kat mana dan berapa jaraknya...


-
Daripada sahl bin Sa’d, “Jarak di antara tempat sujud Rasulullah dengan sutrah adalah sekira-kira mencukupi untuk laluan seekor anak kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 475)
-Kata Imam An-Nawawi: Dalam Mazhab Syafii jarak seseorang dengan sutrah itu janganlah jauh melebihi tiga hasta; dan dalam jarak inilah seseorang dilarang melintas di hadapannya.

-lagipun kat malaysia,byk masjid2 x menyediakan sutrah... jd kita buatlah beg sandang kita sebagai sutrah sebelum kita solat. kan islam tu mudah..

Lintasan org solat yang dibenarkan:

-Kata Imam An-Nawawi: Seandainya ada kekosongan di shaf pertama (yang kerap menjadi rebutan orang ramai), maka bolehlah seseorang melintas orang yang sedang bersembahyang di shaf kedua (atau lainnya) dan masuk berdiri di tempat tersebut disebabkan kealpaan orang-orang di belakang tidak memenuhkan tempat yang perlu dipenuhkan
..

akhir kalam dari penulis,semoga perkongsian ini dimanfaatkan oleh pembaca...


8 comments:

  1. Ada kata yang pembahagi saf (line) itu bertindak sebagai sempadan/setrah. Apa pandangan Ustaz?

    ReplyDelete
  2. -kita x boleh melintas 3 hasta dihadapan orang solat, bukan 2/3 depa didepan orang solat itu...

    -antara objek yg pernah diutarakan didalam hadis sebagai sutrah ialah :
    1 – Manusia yang sedang diam/duduk.

    2 – Unta (haiwan tunggangan).

    3 – Lembing/Tombak.

    4 – Pelana unta (sekedup).

    5 – Dinding.

    6 – Pokok.

    saf line itu x menunjukkan persamaan sifat dengan objek yang pernah dijadikan sutrah dalam hadis nabi... mungkin ada pendapat lain, tanya orang lebih arif ye..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. ustaz saya daif dlm mengetahui hadis dan memahaminya... jadi bolehlah kiranya ustaz terangkan apakah yg dimaksudkan dgn 40 dlm hadis itu. Adakah ianya dimaksudkan dgn hukuman? kalau hukuman, apakah hukuman yg dimaksudkan. Saya baru saja tahu hadis ini. Apa yg saya tahu nenek dan ibubapa sy tidak membenarkan kita lalu lalang di depan org yg sdg solat. 'Berdosa' katanya. Maka itulah yg sy pegang sehingga sekarang. Harap dpt diperjelaskan dgn lebih terperinci lagi...

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum.nk tnye,klau bkn dlm jemaah, kite solat di baris depan dan ade org2 lain solat di belakang kite pula,kemudian jika kite selesai solat,boleh ke kite lalu di hadapan org belakang kite yg sedang solat sbb kite x de laluan lain dah utk kluar.

    ReplyDelete
  5. Roslindah: yg dimaksudkan disitu ialah hukuman yg amat berat jika kita melintas org yg solat: "Seandainya orang yang melintas di hadapan orang yang sembahyang itu mengetahui PADAH YG AKAN MENIMPANYA, tentulah lebih baik baginya dia berhenti 40(hari,bulan,tahun???) daripada dia melintasinya."

    fatimah: Sepatutnya kita menunggu dia selesaikan solatnya t'lebih dahulu.

    ReplyDelete
  6. As Salam Ustaz,

    Jika kanak-kanak yg suka bermain pusing-pusing ketika kita solat bagaimana? Ada kalanya semasa saya solat dia naik dibelakang saya tp saya biarkan saja. Salah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kanak2, ajarkan mereka supaya jgn b'main ketika org solat, jika anak itu x juga belajar daripadanya maka biarkan kanak2 itu sbb cucu baginda juga pernah bermain2 atas belakang baginda ketika sujud sehinggakan membuatkan nabi muhammad sujud agak lama untuk memuaskan hati cucunya tersebut.

      Delete
  7. salam ust....ana nak tanya, ust dah makan ke?

    ReplyDelete