Pages

Wednesday, July 27, 2011

Apa yang Terjadi Apabila Anda Mahukan Keadilan ?




Daripada Nu'man bin Basyir r.a.,nabi s.a.w. bersabda;  "kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad ;apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar."

              
                                                                                    (riwayat bukhari dan muslim)


Huh! rasa sedih gila apabila tengok sahabat-sahabat kita dizalimi dan dinafikan haknya sendiri, lagipun kita sebagai saudara seislam wajib merasai penderitaan sahabatnya seperti mana hadis diatas...


cuba fikir sendirilah kalau korang sendiri yang menghadapi situasi ini :

  1. -korang akan konvo beberapa hari lagi tapi secara tiba2 korang dibuang universiti kerana korang mahukan    keadilan.http://mediamesir.blogspot.com/2011/07/firdaus-menghadiri-konvo-darul-ifta.html
  2. -ibu bapa korang melepaskan tanggungan perbelanjaan keatas kamu kerana adanya biasiswa,tapi tiba2 saja biasiswa korang ditarik apabila korang ingin menuntut hak kamu.http://mediamesir.blogspot.com/2011/07/tarikh-biasiswa-kesal-dengan-tindakan.html
  3. -zakat yang wajib diterima tiba2 tidak diberikan kepada kamu kerana korang mahukan keadilan.http://mediamesir.blogspot.com/2011/07/mahasiswa-mengecam-tindakan-tarik-zakat.html
  4. -kerana kamu cari keadilan kamu dibuang dari asrama .http://mediamesir.blogspot.com/2011/07/3-mahasiswa-dihalau-daripada-asrama.html
  5. -persatuan mahasiswa islam yang meyatupadukan mahasiswa mesir dan  dibina sejak tahun 1930 diharamkan kerana menuntut keadilan.http://mediamesir.blogspot.com/2011/07/isu-pengharaman-pmram-pmium-harap-pmram.html


    Adakah mereka(para penzalim) berpuas hati dapat melanyak2 mahasiswa yang tak bersalah itu sejak dulu lagi,adakah mereka tak mengambil intipati hadis ini :

    Daripada Abu Musa  Al-Asy'ari,nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya Allah menangguh azab terhadap orang yang zalim,sehinggalah apabila Allah mengazabnya,ia tidak dapat melepaskan diri."
                                                                                                   (riwayat al-bukhari)

    Daripada sebahagian sahabat nabi r.a.,nabi s.a.w. bersabda:"tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakutkan seorang muslim yang lain"
                                                                                 (riwayat abu daud dan ahmad)

    Pada pandangan saya,betullah mereka(para penzalim) tidak sedar azab mereka ditangguhkan kerana hingga kesaat ini pun mereka masih tidak jemu2 mengugut para mahasiswa di mesir ini, mungkin nanti kita akan ditunjukkan kuasa Allah kepada penzalim2 ini...

    itu sahaja yang dapat dikongsikan kepada pembaca blog2 ini, diharapkan semoga doa2 korang mengiringi usaha mahasiswa mesir ini menghadapi kezaliman ini...






                                                                                                     

No comments:

Post a Comment