Pages

Saturday, November 5, 2011

Berkorban Di Perantauan


   Entry kali ini nak cerita pengalaman beraya aidil adha kat negara orang. Kali ini kira dua kali dah beraya korban kat Mesir.
  
   Sejak dua tiga hari lepas banyak binatang korban diletakkan di tepi-tepi jalan raya dan ada yang siap buat kandang kambing, lembu, unta dan khoruf tepi jalan bertar, sememangnya di kawasan kaherah tiada padang rumput, jalan raya yang jadi kandangnya.

   Orang zaman sekarang bila dah masuk bulan Zulhijjah hanya tahu nak balik kampung dan raya je. Tahukah kita bahawa hari pertama hingga kesepuluh dalam bulan Zulhijjah disunatkan kita perbanyakkan amalan kita pada hari-hari tersebut?

   Telah dinyatakan dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ibnu 'Abbas r.a. bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

"Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, adakah sehebat jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".


   Antara amal-amal kebaikan yang digalakkan pada bulan tersebut ialah berpuasa sunat pada hari pertama hingga kelapan dalam bulan tersebut kerana puasa ini adalah amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW: [1] Puasa hari Asyura, [2] Puasa 1-8 zulhijjah, [3] 3 hari tiap bulan dan [4] dua rakaat sebelum fajar."
                                                  (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai)

   Tetapi puasa pada hari kesembilanlah iaitu Hari Arafah dinyatakan dengan lebih terperinci kelebihannya. Ia dinyatakan dalam sebuah hadis iaitu:

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Hari Arafah. Baginda bersabda: "(puasa hari itu) dapat menghapuskan dosa tahun lalu dan yang akan datang."
                                                                                                  (Riwayat Muslim)
    Amat rugilah kepada mereka-mereka yang meninggalkan amalan-amalan soleh dalam bulan Zulhijjah ini terutama tidak berpuasa pada Hari Arafah, adakah kita semua tidak mahu dosa kita dihapuskan bukan sahaja pada tahun yang lalu malah yang akan datang!

    Kembali kepada cerita pengalaman beraya kat Mesir ni, yang paling anehnya
Raya Aidil Adha ini yang paling meriah daripada Raya Aidil Fitri. Kalau kat Malaysia, raya Aidil Fitri yang paling meriah dan berlanjutan sampai dua tiga minggu tetapi raya korban ni biasanya dua tiga hari je. Tetapi kat Mesir dan negara-negara arab yang lain sambutannya mungkin berlanjutan sampai seminggu dua.

    Yang sedapnya bila hari raya korban ni bila jiran-jiran(orang arab) bagi kita daging free. Untuk maklumat saudara daging-daging kat Mesir ni mahal-mahal. Biasanya pelajar-pelajar kita beli ayam dan ikan je untuk dimakan sehari-hari. Tetapi bila datangnya hari raya korban, bolehlah masak lauk-pauk bercirikan daging selama sebulan.

    Binatang yang disembelih disini tak sama macam negara kita, lembu dan kambing tu memang ada kat Malaysia tetapi khoruf, lembu arab dan unta mana ada. Itu yang membuatkan beraya kat negara orang ni special.

Disini saya paparkan gambar-gambar haiwan yang tidak ditemui di Malaysia:

 1.Kambing Khoruf:


Antara keanehan Kambing Khoruf ni ekornya besar dan lebar macam Appa dalam cerita kartun Avatar the last airbender tu. Saiznya dan tanduknya besar tak seperti kambing biri-biri kat malaysia. Aku tengok ekor dia pun dah telan air liur tetapi rasanya kat ekor tu lemak-lemak sahaja
2.Unta:

Inilah makhluk yang dipanggil unta. Binatang ni mudah je kalau nak jatuhkannya kalau ia tak diganggu. Tak sama macam lembu kat Malaysia. Cuma satu je masalah dengan unta ni, darahnya amat banyak. Mungkin penuh satu baldi besar kalau ditadah dan satu lagi, daging unta ni keras.                                          


3.Lembu/Kerbau Arab:


Berdasarkan gambar diatas, mungkin anda berkata "besarnya". Memang lembu arab ni besar, badan lembu sama tinggi dengan seorang lelaki yang berdiri. Kali pertama lihat binatang ni memang terkejut sakan, tak tau la dia bagi makan apa. Kat Mesir harga binatang ni lebih mahal daripada unta.

   Inilah pengenalan ringkas binatang-binatang tanah arab yang tiada kat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut pakat-pakat mari kat Mesir, Jordan dan kawasan timur tengah yang lain.

   Kelebihan melakukan ibadat korban dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Zaid Ibn Arqam:

Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah itu (ibadat)korban?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Berkorban ialah satu sunah Nabi Ibrahim." Mereka(sahabat) bertanya: "Apa keutamaan yang diperolehi dari korban itu?" Baginda menjawab: "Setiap helaian bulunya adalah kebaikan".
                                                                               (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

   Amatlah hebat ganjaran Allah atas setiap ibadah korban yang kita lakukan. Teramat rugilah sesiapa yang mampu melakukan ibadah ini tetapi tidak mahu melaksanakannya.

   Sekadar itulah penceritaan dan ilmu yang dapat dikongsi, semoga entry ini dapat menambahkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan pembaca sekalian.

*p/s: diharamkan puasa pada 10,11,12 dan 13 pada bulan Zulhijjah.

2 comments: