"Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun Kurma dan Anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya dan dari hasil tangan-tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur." Surah Yasin ayat 34-35
Monday, August 22, 2011
Peristiwa di Bulan Syawal :Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal Daripada Menderhakaimu
Sudah sampai 10 terakhir ramadhan nampaknya, rasanya baru minggu lepas mula berpuasa. Inilah perasaan yang timbul apabila asyik sibuk dengan perkara-perkara dunia sahaja. Astaghfirullah 3x...
Kali ini rasa nak kongsi cerita yang bersumber dari kitab Mukashafah al-Qulub(Penenang Jiwa) bab 104 karangan Imam al-Ghazali.
Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat sangat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru kepadanya.Marilah kita hayati kisah Umar al-Khattab dan anaknya...
Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan(baju yang bertampal-tampal).
Diantara mereka mengatakan : "Hai Kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.
Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhananya, walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.
Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemunya dengan bendahara baitulmal, ia meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :
Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya.
Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah. Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang .memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Umar bin Khattab r.a dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya. Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingansi anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya. Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum di ketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.
Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
Kepada Amir al-mukminin Umar bin Khattab
Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah anda berani bahawa diri anda pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari anda? Seandainya ajal menjemput anda sebelum bulan ini berakhir, apakah anda mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam.
Selesai membaca surat balasan dari baitulmal, Umar al-Khattab berasa amat kesal atas tindakannya yang sanggup berjanji tetapi tidak mengetahui sama ada dia masih sempat membayar hutangnya tersebut. Tetapi dengan jawatannya beliau boleh sahaja meminjam sebanyak mana yang mungkin. Namun, kerana kezuhudannya dia tidak menggunakan kelebihan pangkatnya sebagai khalifah pada masa itu. Selain itu, kesedihan juga melandanya kerana hajatnya untuk membeli baju baru kepada anaknya tidak kesampaian.
Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anakknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya, Umar menjawab: "aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu." Kemudian anaknya berkata: "Yang seharusnya sedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Dan sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza waJalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku." Semakin deras air mata Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.
Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari Umar al-Khattab, anak yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya. Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini?. mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang, fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete