Perkataan 'TANYA' tak pernah hilang dari kamus seorang penuntut ilmu. Betullah pepatah melayu yang mengatakan : "malu bertanya sesat jalan". Pepatah ini menunjukkan betapa besarnya peranan 'bertanya' kepada penuntut-penuntut ilmu.
Tetapi, kita mesti tahu bahawa kita 'bertanya' mestilah bertujuan untuk mendalami ilmu, menghuraikan kekusutan dalam satu-satu masalah. Dengan soalan sedemikian sangat membantu si penanya memahami permasalahan secara langsung.
Bukan dari akhlak islam apabila bertanya untuk suka-suka apatah lagi untuk
mencetuskan titik pertembungan kerana ia tidak menepati disiplin ilmu yang diajar oleh islam, sesuai dengan pepatah arab yang berbunyi :
'اللأسألة للتفقه والعمل, لا للتفكه والجدل'
"Soalan bertujuan untuk mendalami ilmu dan beramal, bukan untuk dipermain dan diperdebatkan."
Antara isi-isi kitab al-Muwafaqat m.s 913-914, karangan Imam Syatibi. Beliau telah menggariskan 10 ciri-ciri soalan yang di'makruh'kan untuk ditanya :
- Bertanya pada perkara yang tiada manfaat untuk untuk islam.
- Bertanya pada perkara yang diketahui jawapannya.
- Bertanya pada perkara yang tidak diperlukan ketika itu.
- Bertanya pada perkara yang terlalu payah dengan niat yang jahat (bertujuan untuk merendah-rendahkan diri orang yang ditanya).
- Bertanya tentang i'llahعلة pada perkara ta'abbudiتعبدي
- Bertanya pada perkara yang terlalu dalam hingga melampaui had pentaklifan.
- Bertanya pada perkara yang jelas bertembung antara nas(Al-Quran,Sunnah) dengan pandangan manusia biasa.
- Bertanya tentang perkara mutasyabihatمتشابهات .
- Bertanya tentang perbalahan ulama' Salafus soleh terdahulu.
- Bertanya untuk menimbulkan perbalahan seterusnya inginkan kemenangan melalui soalan perangkap tersebut.
Di'makruh'kan untuk bertanya soalan sedemikian kerana ia tidak menggalakkan perkembangan ilmu yang sihat. Bahkan boleh membawa kepada perbalahan serta kesesatan. justeru penuntut-penuntut ilmu harus bijak mengajukan soalan supaya keharmonian disiplin ilmu di dalam islam terpelihara.
i'llah : Sebab-sebab,faktor-faktor.
ta'abuddi : Contohnya soalan "apa perlunya mengelilingi ka'bah."
mutasyabihat : perkara yang meragukan,
No comments:
Post a Comment