Pages

Thursday, August 25, 2011

Zikir Mencerdaskan Otak


   Terngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur 5 tahun lagi, kali ini nak cerita pengalaman ketika belum terbang ke mesir lagi. Selepas solat subuh kat masjid tu, ada majlis berzikir sehingga pukul 8 pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga nak berzikir lama-lama tapi ketika berada dalam keadaan menganggur kat rumah masa tunggu result SPM cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

   Beberapa minggu selepas itu, aku rasa macam ada kelainan jika selepas aku join majlis zikir itu. Biasanya selepas solat subuh aku terus tidur tetapi tak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam. Tetapi jika hari itu aku tak join majlis tersebut, letak je kepala atas bantal, comfirm terlelap. Aku pelik juga kenapalah jadi macam tu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut sains ini.

Monday, August 22, 2011

Peristiwa di Bulan Syawal :Aku Rela Bajuku Bertampal-tampal Daripada Menderhakaimu

  

   Sudah sampai 10 terakhir ramadhan nampaknya, rasanya baru minggu lepas mula berpuasa. Inilah perasaan yang timbul apabila asyik sibuk dengan perkara-perkara dunia sahaja. Astaghfirullah 3x...
Kali ini rasa nak kongsi cerita yang bersumber dari  kitab Mukashafah al-Qulub(Penenang Jiwa) bab 104 karangan Imam al-Ghazali.

   Bila nak dekat raya ni, ramailah kanak-kanak dan para remaja yang berharap untuk mendapat pakaian baru, kasut baru dan macam-macam lagi. Ia seperti menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk membelinya walaupun dalam keadaan kekurangan yang teramat sangat. Sehingga ada kalanya membuatkan anak-anak tersebut membenci kedua ibu bapanya jika tidak membelikan pakaian baru kepadanya.Marilah kita hayati kisah Umar al-Khattab dan anaknya...

   Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab  pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan(baju yang bertampal-tampal).
Diantara mereka mengatakan : "Hai Kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Friday, August 19, 2011

Perihal Doa: Mustajab @ Terhijab



"Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a., Nabi S.A.W. bersabda: 'Doa adalah ibadah.'"
                                                                                  (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

  
   Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf  (D.O.A). Seringkas    ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang paling termudah dalam agama Islam. Maka bersyukurlah kita kepada Allah sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa. Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah S.W.T memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba kepada Allah