"Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun Kurma dan Anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya dan dari hasil tangan-tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur." Surah Yasin ayat 34-35
Thursday, August 11, 2011
Peristiwa Ramadhan:Tertipunya Para-Para Abid
Sejak datangnya bulan pose ni, asyik terperap kat rumah je, nak keluar pun panas,malas dll. Hari2 duk ulang rutin yang sama je.. masak sahur> tido > layan internet> tadarus > masak b'buka.... time puas macam ni lah rasa nak wat seloka... ha3
Di antara tertipunya ahli ibadah di akhir zaman ialah di
bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan waktu berbuka, diadakan pesta
makanan dan minuman
Tidak dipentingkan bersegera sembahyang
Bersembahyang perut di dalam keadaan terlalu kenyang
Sembahyang terawih riuh-rendah secara zahirnya
Secara batinnya tidak ada pun rasa kehambaan
Yang hafiz Al-Quran bacaannya
di komersilkan
Yang dijadikan imam mensyaratkan bayaran
Seusai solat terus membualkan dunia semahu-mahunya
Sambil merokok, asap berkepul-kepulan
Beranda masjid menjadi jajahannya
Di bulan Ramadhan, bulan ibadah
Ertinya bulan melahirkan tawadhuk dan kesedaran
Sepatut bulan ini banyakkan menangis dari hilaian tawanya
Bulan ini bulan banyak buat kebaikan dan pengorbanan
Bulan banyak mengingati Tuhan
Sungguh sedih
Fungsi di bulan Ramadhan sudah dirosakkan
Dia dimeriahkan oleh nafsu bukan kerana Tuhan
Apakah secara ini dapatnya maghfirah dari Tuhan
Apakah secara ini pahala digandakan
Apakah secara ini dapat dikejarnya Lailatul qadar
Jangan-jangan dapat laknat Tuhan
Sekian sajak dari saya, ambillah manfaat darinya...
karya ini yang sudah diedit dapat dibaca di http://www.iluvislam.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment